Buat pengetahuan semua, PALAPES kat UKM ni bergabung dengan USIM sejak dari dulu lagi rupanya.. Sejak join PALAPES ni, makin ramai jugaklah kawan yang aku kenal, dapat ramai kenalan baru.. Oh ya, aku terlupa nak cerita pasal pengalaman yang aku dapat masa pergi kem untuk latihan menembak kat Pulada, Johor hari tu.. Pehhh, memang best sangat.. Serius, sebab aku dapat peluang rasa menembak sendiri guna senjata M16.. Memang excited gila muka aku waktu tu.. Cuma, waktu nak menunggu giliran nak menembak tu yang lama tu.. Haiyoo.. Maybe ni kem aku yang pertama, sebab tu aku masih tak kuat lagi nak menahan dugaan demi dugaan yang datang(cehh, ayat hiperbola, hihi).. Selain aktiviti menembak, ada jugak lawatan kat muzium Pulada dan tengok persembahan anjing askar.. Bestt!
Latihan dalam PALAPES ni cuma 3 tahun dan selepas tu akan ditauliahkan oleh Yang-Dipertuan Agong sebagai Leftenan Muda di bawah Rejiman Askar Wataniah. Perkhidmatan aku dalam PALAPES ni tak terhenti bila dah ditauliahkan, sebaliknya boleh lagi kalau berminat nak sambung untuk pangkat yang lebih tinggi atau teruskan perkhidmatan sebagai seorang tentera dengan menyertai Tentera Darat, Tentera Udara atau Tentera Laut..
Ada 3 peringkat yang aku dan rakan-rakan seperjuangan perlu lalui sebelum ditauliahkan, iaitu peringkat yang aku sedang lalui, junior, seterusnya, inter dan akhir sekali, senior.. Persoalan yang ramai junior risaukan sekarang ialah mampukah kami bertahan sehingga ke peringkat senior? Hoho, memang mendebarkan.. Aku selalu berharap agar diberikan kekuatan mental dan fizikal serta dipermudahkan segala urusan..
Berbalik pada cerita asal aku tadi, yang paling aku tak tahan sampai rasa nak pitam pun ada.. Waktu kat lapang sasar tu.. Cuaca kat situ memang panas.. Mental dan fizikal aku benar-benar diuji waktu kat situ.. Banyak kali jugak aku pergi tandas(semata-mata nak berteduh je, hehe, pandaikan aku)..
Dah habis menembak, tengah rehat-rehat, tiba-tiba stap panggil sesiapa junior yang nak rasa guna senjata inter.. Aku apa lagi, terus tarik tangan kawan(buddy aku) sebab taknak lepaskan peluang keemasan ni.. Senjata LMG berjaya juga aku kendalikan dengan jayanya.. Best senjata ni, rasa macam tak percaya je pelurunya dah habis, tak puas lagi menembak(waktu mula-mula takut gila, haha).. Bunyi senjata LMG lagi kuat daripada senjata junior punya iaitu senjata M16..
![]() |
| Senjata M16(peringkat junior) |
![]() |
| Senjata LMG(peringkat inter) |
Haa, dah nampak kan? Siap sertakan contoh gambar lagi tau, hehe.. Oh ya, lagi satu, lupa nak kenalkan, ketua jurulatih PALAPES UKM.. Lt. Kol. Mohd Sahar.. Aku secara peribadi, suka cara dia memimpin sebab selalu ingatkan kami semua tentang kepentingan menjaga hubungan kita dengan Allah, belajar hidup berdikari, kuatkan jati diri dan macam-macam lagilah.. Serius, kadang-kadang, pernah jugak berangan dapat suami yang dapat membimbing aku satu hari nanti, insyaAllah.. Haipp, jauhnya aku berangan dan melalut.. Haha, maaf maaf.. Perkenalkan..
![]() |
Ketua jurulatih PALAPES UKM : Lt. Kol. Mohd Sahar
|
![]() |
| Kompeni Charlie <3 |
Okaylah, sampai di sini saja dulu yang ingin aku coretkan, nanti bila-bila aku free lagi, aku cerita lagi na.. Tata! <3




No comments:
Post a Comment