Tuesday, 29 October 2013

Cerita Cinta!

Cerita cinta. Kite lihat sekarang ni banyak drama melayu kebanyakannya diadaptasi daripada novel. Yang paling hangat sekarang ni Love You, Mr.Arrogant. Apa yang kite dapat perhatikan kat sini… Nak tahu apa tak? Haa..itulah dia.. Lelaki yang ego.

Love You, Mr.Arrogant mengajar kamu semua yang sedang baca blog ni supaya sabar dengan kerenah lelaki yang kebanyakannya mempunyai sifat ego yang tinggi. Mereka sayangkan kita tapi mereka pura-pura tak sayangkan kita. Kadang-kadang mereka anggap mereka lebih bagus daripada kita. Ikutkan, kite pun sebenarnya susah nak faham orang lelaki ni.

Yang paling penting sekarang ni..

Banyak novel-novel cinta yang jadi best seller dah diadaptasi jadi drama. Adakah penulis skrip di negara kita kekeringan idea sampai terpaksa adaptasi novel kepada drama? Sebelum ni, novel Ombak Rindu dah diadaptasi menjadi filem. Tapi keuntungannya lebih kepada pihak produksi. Hmm..tapi bagi kite, Ombak Rindu memang terbaik laa! Sebab ada Aaron Aziz laa katekau! Hee.

Novel Adam dan Hawa pun kite ada baca jugak. Bagi kite, novel tu pun boleh tahan jalan ceritanya walaupun kisah cinta. Bila dah diadaptasi jadi drama kat Astro…memang kite tak sangka tau..rupanya Aaron Aziz jadi heronya! Haa..kelas gituuu..


Ehh..? Apa yang kite merepek ni? Hak3.. Okeylah.. Tunggu next entry pulak laa.. Kite dah penat taip ni. Hehe. Daa~

Kerana Wang

Entry kali ni bertajuk tentang wang. Semua orang perlukan wang. Ya, kite pun perlukan wang juga. Sebab itu keperluan yang amat penting. Tanpa wang, kita tak boleh ‘membeli’ pendidikan, makanan, pakaian, dan lain-lain. Sebab itulah dikatakan wang sangat penting pada masa kini. Ada yang sanggup mencuri kerana wang, mengkhianati persahabatan kerana wang dan macam-macam lagi jenayah yang disebabkan oleh wang.

Wang bukan mudah untuk dicari. Kena bersusah payah untuk mencari wang. Kite tahu, rezeki ada di mana-mana.. Tapi, mungkin disebabkan ego manusia yang tinggi, mereka sanggup berbuat sesuatu perkara di luar jangkaan untuk meneruskan hidup. Ya, tanpa wang, untuk teruskan kehidupan di dunia moden ini memang sangat sukar.

Bila kita ada wang yang banyak, kita tak ingat dunia. Bila dah tak ada wang, barulah kita ingat Yang Maha Esa. Semua itu lumrah.

Banyak duit, tak tahu nak beli apa. Tak ada duit, semua nak beli.

Benda itu dah jadi kebiasaan. Sebab itulah kita perlu ingat..kebahagiaan tak boleh digantikan dengan wang. Berilah duit yang banyak sekalipun..tetap tak boleh membeli kasih sayang dan cinta.

Pendidikan pun memerlukan wang yang banyak sekarang ni.

Pengajarannya di sini, kita kena beringat sebelum kena. Kalau dah kena, menangis air mata darah pun tak guna kalau kita dah muflis dan terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Kite rasa kite pun perlu berjimat. Paling kurang pun makan biskut yang ada pun jadilah. Jimat RM10. Hee. (Sambil tu boleh diet)

Monday, 28 October 2013

Kita Tak Dilahirkan Pandai

Assalamualaikum, entry kali ni bertajuk seperti di atas.
KITA TAK DILAHIRKAN PANDAI,
dan begitu juga sebaliknya.

Kita kena usaha untuk jadi lebih baik.
Dan tak boleh mengharap seperti bulan jatuh ke riba.
Kamu semua tahu kann? Kita kena usaha, doa, dan tawakal. Hee.

Kalau kita tak pernah berusaha,
jangan pernah mengeluh apabila kita gagal,
bukan senang nak jadi pandai.

Usaha kena banyak.
Jangan pernah tewas dengan ujian-Nya.
Doa banyak-banyak.

Lakukan solat hajat.

Kalaulah fakta mengatakan bahawa kita ni dilahirkan sebagai pandai,
dan sebaliknya,
maka, bagaimana iman kita boleh naik dan turun?
pernahkah kita terfikir?

Kita bukannya statik; kita bukan malaikat.
Jadi setiap apa yang kita lakukan, pasti ada hikmah pada waktu akan datang.

Usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.
Jangan duduk diam dan tunggu kejayaan sendiri yang datang menghampiri kita.
Takut-takut kita tak sempat menggapai kejayaan.. Ajal yang mendatang.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan?
Kamu semua perlu jawab sendiri. Hehe.

Akauntasi!

Okey, entry kali ini bertajuk akauntasi. Hee, tahukah kamu semua akauntasi itu apa? Ianya merujuk kepada bidang akaun. Apa yang special sangat tentang bidang akaun ni? Mesti semua orang tertanya-tanya bukan?

Sebenarnya bidang akaun ni meluas..
sangat meluas.

Sesiapa yang pernah ambil Prinsip Perakaunan tu memang sangat beruntung, Sebab apa?
Sebab knowledge yang ada pada ciri-ciri seorang akauntan bukan pada tahap biasa.
Bukan senang nak conquer akaun ni. Dengan kunci kira-kira, akaun perdagangan dan macam-macam lagi bentuk akaun. Kita kena mahir semua tau~

Walaupun ambil masa untuk master dalam bidang ni. Tapi, ketahuilah memang berbaloi.

Bila habis aje SPM, sesiapa yang ambil Prinsip Perakaunan pasti dapat sijil LCCI. Lain daripada student yang lain. Student Sains Tulen pun tak dapat sijil ni tahu tak? Haa.. Itu yang menarik.

Bukan takat kita boleh jadi akauntan saja.
Kita boleh jadi lecturer, clerk, dan yang sama waktu dengannya.
Dapat gaji tambahan pulak tu dalam lebih kurang RM500. (Kalau tak silaplah)

Untuk sambung ke bidang akaun, memerlukan 4 tahun dalam degree.
Kalau bisnes pulak, memerlukan 3 tahun.

Lepas degree, dah boleh sambung ke LCCI.
Kena ambil test untuk jadi seorang akauntan.
Ada 13 paper tau...
Susah tu..

Tapi, dalam dunia ni mana ada benda yang mudah?

Jangan risau, lepas dapat LCCI tu, seseorang akauntan boleh demand gaji dia. Seronok kann? Boleh letak harga untuk perkhidmatan kita.

Itu antara yang seronok menjadi seorang akauntan. Bukan kerana wang. Tetapi kerana minat. Minat yang mendalam.

Lebih-lebih lagi bidang akauntan merupakan bidang yang agak mencabar. Bukan pasal akaun saja kita kena belajar. Mikroekonomi, makroekonomi, pengurusan perniagaan, manangement, dan lain-lain lagi kena tahu juga.

Pilihan di tangan kamu semua. Nak jadi akauntan atau tidak. Tapi kite tetap jadi akauntan! Hehe. XD

Friday, 18 October 2013

My siblings, ngee~


Haaaaaaaa, here got one more thing that i love to share to everyone..

Yup, with them i grow up..
There is a lot of a cute, sweet and funny memory with 'em..
Maybe sometimes, we always fighting,
sometimes feeling annoyed with each other, but to me,
its a colour of our life, that makes our relationships more meaningful. 

LOVE THEM..
 







My Hero.. ^^



Assalammualaikum, hye everyone!

Hew hew, yaaa, this is my lovely family yoww.. Hee.
Actually, this picture was captured when my family was celebrating my birthday last year(2012)~
here, I just want to let everyone in this world know how much I really really love my family and the most important one, of course lah my muchuk2 Abah.. Hehe..



 Abah (:
               Abah means daddy. I called mydad as Abah. Yeahh, because we are soo close because mymama already passed away since I still 6 years old.. I really proud to have this man as myabah. Do you know why?
Because he brave.strong.brilliant.good in communication and gentleman. Eventhough, he already became handicapped before married with mymama, I never think that he got any weakness. To me, he was a perfect man ever.

" Dear Abah, I want to thanked you for everything that you've done to me, you cared about me all the time. Sometime I feel hurt when you're mad on me. Sometimes, I feel so annoyed when you not allowed me going out with myfriend. Even I grounded but at least I know no crime goes unpunished kan? I dont know what will happen to me if I dont have you by myside Abah. Nobody can replace you in myheart forever  Abah Forever. And I really scared to lose you one day. I really really do love you."

Lots of love,
Daughter of Mohd Zin Bin Mohd Isa.<3

You always be my hero. 
 



Wednesday, 2 October 2013

MUQADDIMAH ^^

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. 

Today is 2nd October 2013, Alhamdulillah finally I have my own blog and I am a blogger now :) *feeling excited*