Assalamualaikum.......
Peperiksaan akhir semester semakin hampir bagi kami di sini. Banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji. Semakin banyak tawakkal yang perlu disandarkan pada Allah. Sebagaimana Allah berfirman dalam kitabNya-
"Dialah Allah Yang Maha Penyayang, kami beriman kepadaNya dan kepadaNyalah kami bertawakkal" (67:29)
'Ooooo, kalau camtu, kita tawakkal jelah exam ni, tak yah usaha, tawakkal je'
Tak boleh macam tu, usaha perlu juga, mari kita belajar tawakkal daripada 'orang lama'.
Tatkala Maryam sudah melahirkan Nabi Isa a.s, dia sangat lemah sekali, apa yang Allah perintahkan pada Maryam
" Dan goyanglah pangkal pohon kuma itu ke arahmu, niscaya (pohon) itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" (19:25)
Walaupun Maryam sangat-sangat penat melahirkan anak, tetapi Allah minta Maryam supaya usaha sikit, 'at least' usaha, untuk dapatkan sesuatu benda. Kejayaan bukan datang dan bergolek ke arah kita, dengan hanya tawakkal semata-mata.
Kita lihat bagaimana Bapa Dakwah yang pertama kita iaitu Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s sangat sedikit pengikut baginda, tetapi baginda berdakwah tidak kenal penat dan lelah.
Dia Nuh berkata, "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam", "tetapi seruanku itu tidak menambah iman mereka justeru mereka lari dari kebenaran", "dan sesungguhnya aku setiap kali menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jarinya ke telinganya dan menutupkan bajunya ke wajahnya dan mereka tetap mengingkari dan sangat menyombongkan diri" (71:5-7)
Walaupun Nabi Nuh sudah berusaha, tetapi bilangan pengikutnya tidak seperti yang diharapkan, tetapi Nabi Nuh tetap bertawakkal dan mengharap pada Allah, di samping berusaha dan berusaha.
Tahukah kita bahawa Allah hanya melihat usaha kita, Allah tidak melihat natijah kita, setiap usaha kita, sama ada membaca buku, membuat latihan-latihan, qiamullail, solat hajat, hatta doa pun Allah akan kira, setiap itu ada pahala, setiap itu adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah).
Janganlah risau jika kita seperti Nabi Nuh a.s, sudah berhempas pulas, tetapi tidak keputusan seperti yang tidak diharapkan, teruskanlah usaha dan tawakkal, moga Allah meredhai apa yang kita buat,
Selamat berimtihan, bittaufiq wannajah, insyaAllah =)
Tuesday, 24 December 2013
Ujian itukan baik? :)
Assalamualaikum dan salam mujahadah....
Fatrah imtihan sudah hampir separuh, masih berbaki separuh sahaja lagi, ada juga yang sudah berjaya menghadapi waktu-waktu sukar imtihan, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, jangan lupa mendoakan mereka-mereka yang masih berjuang dan mujahadah....
Satu fatrah musibah, musibah dari Allah S.W.T, bukan apa, cuma untuk menyaring,
BAGAIMANA YA IMAN ORANG A INI KALAU BILA DIBERI UJIAN INI?
ORANG B PULA IMANNYA BAGAIMANA KALAU BAGI CAMNI PULA?
" Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan kami uji perihal kamu"
(31:47)
Untuk mengajar diri kita, untuk menjadi yang terbaik, terbilang di kalangan terbaik, tiada iman yang biasa-biasa, tapi imannnya itu bersemangat dan berjiwa membara, tidak mahu kasta
-kasta biasa, tetapi mahukan yang tertinggi di sisi Allah S.W.T
"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"
(67:2)
NAK JADI HAMBA ALLAH YANG TERBAIK, PERLU DIUJI IMANNYA, BETUL KE DIA NI
BERIMAN PADA ALLAH?
Risau, bimbang, ragu, bungkam,
imtihan...imtihan...
TERKADANG KERAGUAN SINGGAH DI HATI, APAKAH MAMPU MELAKUKAN YANG TERBAIK?
BOLEH TAK DAPAT MUMTAZ NI?
BOLEH TAK LULUS NI?
Seorang kawan berpesan selepas selesai imtihan, "kerja membaca buku sudah selesai, sekarang ini, tinggal doa dan pengharapan yang hanya logik dilakukan"
"Dan Tuhanmu berfirman,'Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu....'
(40:60)
Jelasnya, Allah sungguh Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selalu bagi peluang dan ruang kepada hambaNya....
RISAU LAGI...DAN LAGI...
RESULT KAN DAH ADA? ALLAH DAH TETAPKAN SEGALANYA.
"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)"
(6:59)
Allah dah tetapkan keputusan imtihan ini, malah sebelum kita wujud lagi Allah dah tetapkan segalanya. Ada pula yang berfikir:
LAH, KALAU CAMTU APA FUNCTION DOA TU? KALAU DAH DITETAPKAN SEMUANYA, KENAPA NAK DOA JUGA? BOLEH UBAH KE KEPUTUSAN TU?
Maka, tanya diri kita, kita tahu ke, keputusan yang sebenar-benarnya yang Allah dah tetapkan untuk kita? Dan kemudian tahu pula keputusan tu dah diubah atau belum?
Kerana, bila kita berdoa, ada pahalanya di situ.
Kerana kalau kita solat malam, ada pahalanya di situ.
Kita manusia, tidak berpengetahuan, melainkan Allah yang mengajarkan kita sesuatu, baru kita tahu,
"Yang mengajar manusia dengan pena"
(96:4)
Walaupun kita tidak tahu, apa yang akan berlaku, tetaplah berdoa padaNya, minta yang terbaik dariNya, minta ditenangkan hati terhadap apa yang digusari, sangka baiklah dengan Allah, harap dan khauf dan kembali kepadaNya, kerana ada usaha kita disitu yang Allah kira.
Hadis Qudsi-"Aku adalah bergantung kepada sangkaan hambaku terhadapKu. Jika ia bersangka baik kepadaKu, kebaikanlah yang akan Aku berikan untuknya. Namun jika ia bersangka jahat kepadaKu, kejahatanlah yang akan Aku berikan untuknya"
(Riwayat Imam Ahmad)
Selagi masih ada masa sebelum tahu keputusannya maka tawakkallah sebetul-betulnya,
"Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(8 : 61)
Ya Allah berilah kami ketetapan hati, kekuatan diri, kekebalan iman, untuk hadapi semua ini, kami tahu, kami tidak mampu, tetapi kami adukan padaMu, kerana Kau mampu mendokong kami menempuhinya, amiin..
Wallahua'lam..
Bukankah itu yang kita minta?
Kita selalu berdoa
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya
Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.
Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu
Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?
Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?
Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?
Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna
Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak..
Doa itu lah sumber kekuatan, doa itu pengaduan, doa itu curahan hati, doa itu perbualan dengan Rab, bercerita, teresak di sisi Nya
Doa itu, tempat mencurah isi hati. Tempat memberitahu apa-apa yang kita tidak mahu manusia lain tahu. Tempat mengadu segala cerita yang mungkin manusia takkan faham.
Kita minta menjadi seorang yang kuat
Lalu Allah uji dengan bencana
Kita menangis
Kita rasa Allah tak sayang kita
Aduhai sayang
Bukankah kekuatan itu yang kamu minta?
Maka Allah kabulkan permintaanmu
Kita minta menjadi sabar
Lalu Allah uji kita
Kita lembik dan putus asa
Kita terasa itu ujian itu di luar kemampuan kita
Alahai sayang
Bukankah itu jawapan doamu?
Bukankah kesabaran itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang berlapang dada
Lalu Allah datangkan seseorang yang sangat suka berbuat masalah
Kita rasa kita tak suka
Kita benci perangai dia
Wahai sayangku
Itu kan peluang pahala berlapang dadamu?
Bukankah berlapang dada itu yang kamu minta?
Kita memohon menjadi orang yang ikhlas
Lalu didatangkan ujian dengan ahli rumah yang suka buat sepah
Kita pun tak puas hati
Kenapa asyik kita je yang kena kemas?
Hai sayang
Bukankah keikhlasan itu yang kamu minta?
Kita berdoa untuk menjadi orang yang bersyukur
Lalu Allah hadirkan pada kita kelemahan
Kita merasa sedih
Kenapa orang lain lebih?
Aduhai sayang
Bukankah rasa syukur itu yang kamu minta?
Kita minta untuk jadi orang yang bertawakal
Lalu Allah uji dengan soalan peperiksaan yang susah
Kita balik menangis-nangis telefon mak
Kita rasa tak yakin
Alahai sayang
Bukankah tawakal itu yang kamu minta?
Sayangku
Semua yang berlaku pada kita
Telah tertulis, telah kering penanya
Apa yang hadir pada kita
Tidaklah sia-sia
Kerana bukan standard Allah
Untuk buat sesuatu yang tak berguna
Ujian dan dugaan itu adalah latihan
Dan jawapan yang kepada doa
Sama ada kita muhasabah
Atau tidak..
Jom Muhasabah~
Cuba tanya diri kita sendiri. Adakah setelah kita mendengar azan, kita akan terus bangun untuk mengambil wuduk ataupun kita masih lagi berbual-bual panjang dengan kawan, menghadap Facebook, atau berlengah-lengah lagi sedangkan time tu kita tak de la busy mana pun. Nampak remeh je kan solat awal waktu nie. Sebabnya, kita rasa solat itu satu rutin harian yang kita akan solat samaada awal ataupun lewat. Sama saja. Tiada beda.
"Tak pe jee. Waktu solatkan panjang lagi."
"Kami solat jemaah taw walaupun lewat."
"Aku tengah wat assignment nie. Ko solat la dulu, nanti dah abeh , aku solat la.”
Sampai bila kita nak bermain-main dengan kata-kata seperti ni? Kita yang dalam tarbiah pon masih lagi macam ni ke?
Sabda Rasulullah : "Jangan melambatkan-lambatkan tiga perkara. Pertama, solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga, mengahwinkan seorang wanita apabila jodoh yang sesuai sudah didapati."
Orang yang betul-betul faham tarbiah, pasti akan rasa bersalah jugak even sikit kalau dia solat lewat. Dah rasa azab ALLAH tu nak sampai dan takut ajal sampai dulu sebelum solat. Bila dah dengar azan tu cuba-cubalah ringankan badan walaupun berat untuk ambil wuduk. Tak perlulah nak bermanja diri. Pakat–pakat la berlumba dengan housemate untuk masuk toilet paling awal. Kan bagus macam tu.
Selalunya orang yang solat akhir waktu jarang solat sunat rawatib. So, dengan solat awal waktu nie la kita melatih diri untuk solat sunat sementara menunggu jemaah lain. Nak baca quran pun mesti sempat lagi. Haa..kan dah dapat banyak pahala kat situ. Subhanallah. Kalaulah seluruh umat Islam baik macam nie, memang dunia ni aman makmur. Bukan senang nak dapatkan cinta ALLAH.
Hadhrat Abu Zar berkata, "Suatu ketika, Rasulullah keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda memegang dahan dari sebatang pokok, maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda bersabda, "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah." Kemudian Baginda bersabda, "Apabila seorang Islam menunaikan solat untuk mendapat keredhaan Allah, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun dari pokok."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Hebat sangat Rasulullah mentarbiah umatnya yang terdahulu. Sehinggakan risalahnya sampai kepada kita sekarang. Sekarang tugas kita as Khalifah bumi ini untuk menyambung dakwah Baginda untuk membina manusia dari bawah, iaitu individu muslim.
Ada kita ambil tahu berapa ramai pelajar IPT di Malaysia yang pernah tinggal solat? Ada pernah kita tegur jiran-jiran kita yang tak menutup aurat dengan sempurna? Nikmatnya kita di zon yang sangat selesa yang dikelilingi orang-orang baik. Sehinggakan kurang ambil tahu dan tak nak ambil tahu pun hal-hal reality umat islam sekarang. Akan tetapi itulah medan dakwah kita yang sebenar yakni tanah tempat lahirnya kita.
‘’Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah dibumi.” Mereka berkata, ‘’Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?” Dia berfirman, ”Sungguh, aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’’
(Al-Baqarah : 30)
(Al-Baqarah : 30)
Allah dah mengangkat darjat kita yang dianggap perosak oleh malaikat. Sepatutnya kita merasa bangga dan bersyukur kerana diberi peluang tok mentadbir bumi. Oleh itu, jangan sesekali lepaskan peluang untuk mengajak orang jadi baik dan kenal ALLAH. Tak guna berbangga dengan ilmu yang penuh didada, tetapi tak kenal siapa Pencipta Bumi.
Solusinya, JOM solat jemaah diawal waktu kerana itulah yang terbaik jika seseorang itu mengaku dirinya Dai’e. Tak cukup dengan solat fardhu, perlu diiringi dengan amalan-amalan sunat untuk menampung solat kita. Setiap amalan yang kita buat adalah untuk mendapat redhaNYA. Sia-sialah amalan kita jika apa yang kita buat adalah untuk balasan duniawi semata-mata.
Mungkin dikalangan kita ada yang membawa bulatan gembira. Perlu diingatkan bahawa kita membawa bulatan gembira bukan untuk suka-suka. Tetapi ada hadaf yang lebih besar. Seorang murabbi berperanan untuk membina mutarabbi sehingga mutarabbi itu boleh membina mutarabbi lain.
Moga coretan yang serba kekurangan ini dapat menggerakkan hati-hati kita untuk mengislah diri dan orang disekeliling kita supaya menjadi seorang hamba dan khalifah yang sentiasa dalam keredhaan ALLAH. Maaf atas segala coretan dari hamba yang hina ini. Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)
