Entry kali
ni bertajuk tentang wang. Semua orang perlukan wang. Ya, kite pun perlukan wang
juga. Sebab itu keperluan yang amat penting. Tanpa wang, kita tak boleh
‘membeli’ pendidikan, makanan, pakaian, dan lain-lain. Sebab itulah dikatakan
wang sangat penting pada masa kini. Ada yang sanggup mencuri kerana wang,
mengkhianati persahabatan kerana wang dan macam-macam lagi jenayah yang
disebabkan oleh wang.
Wang bukan
mudah untuk dicari. Kena bersusah payah untuk mencari wang. Kite tahu, rezeki
ada di mana-mana.. Tapi, mungkin disebabkan ego manusia yang tinggi, mereka
sanggup berbuat sesuatu perkara di luar jangkaan untuk meneruskan hidup. Ya,
tanpa wang, untuk teruskan kehidupan di dunia moden ini memang sangat sukar.
Bila kita
ada wang yang banyak, kita tak ingat dunia. Bila dah tak ada wang, barulah kita
ingat Yang Maha Esa. Semua itu lumrah.
Banyak duit,
tak tahu nak beli apa. Tak ada duit, semua nak beli.
Benda itu
dah jadi kebiasaan. Sebab itulah kita perlu ingat..kebahagiaan tak boleh
digantikan dengan wang. Berilah duit yang banyak sekalipun..tetap tak boleh
membeli kasih sayang dan cinta.
Pendidikan
pun memerlukan wang yang banyak sekarang ni.
Pengajarannya
di sini, kita kena beringat sebelum kena. Kalau dah kena, menangis air mata
darah pun tak guna kalau kita dah muflis dan terpaksa menanggung hutang yang
banyak.
Kite rasa
kite pun perlu berjimat. Paling kurang pun makan biskut yang ada pun jadilah.
Jimat RM10. Hee. (Sambil tu boleh diet)
No comments:
Post a Comment